History CAB

Friday, March 23, 2012

Kenapa Tak Rogol Saya? (Kisah Benar) by www.zamstylo.tk


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …”
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku…
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat…
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
p/s: Share untuk kawan-kawan anda..Bahawasanya Ayat Kursi ini adalah pendinding diri kamu
Korang yg bergelar wanita…amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian…

Tuesday, March 20, 2012

Barongan Masih Hidop? | CAB by www.zamstylo.tk

Tak perlu beli drumset yg mahal2 cukup sekadar penutop peiuk baldi dan tong simpan air ia juga mengeluarkan bunyi-bunyian kegemaran anda..

Monday, March 19, 2012

Perkara Yang Paling Ditakuti Suami | Info CAB by www.zamstylo.tk


Disebalik tubuh yg mereka yg tegap dan sasa,lelaki sebenarnya mempunyai ketakutan mereka yg tersendiri. Biar tak diakui namun inilah hakikatnya mungkin termasuk suami anda sendiri. Nak tau apa dia?
Bila Kerjaya Isteri Lebih Hebat
Sesetengah kaum lelaki atau suami akn merasa rendah diri sekiranya pendapatan isteri lebih dari dirinya kerana dlm perkhawinan soal nafkah selalunya dikendalikan oleh suami begitu juga nafkah anak-anak. Semuanya dibawah tanggungjawab suami. Biar pun mempunyai pekerjaan yg tetap dan baik.
Hilang Pekerjaan
Lelaki selalunya sukar mengalami sesukaran dlm memisahkan diri mereka dari karier ataupun pekerjaannya.Situasi ini menyebabkan mereka tak tau nak buat apa bila tak bekerja. Dan sebab itulah sesetengah lelaki sanggup balik lambat sehingga lewat malam semata-mata utk menghabiskan kerja.
Nafsu Seks Menurun
Lelaki mana yg tak takut kalau nafsu seksnya menurun kan?Jika itu yg terjadi,maka lelaki akn menganggap dunia mereka sudah kiamat. Hidupnya terasa kosong dan apa yg paling ditakutinya ialah bila ditinggalkan pasangannya.
Meminta Maaf Terlebih Dahulu
Setiap manusia memang ada sifat ego dlm diri masig-masing. Namun kaum lelaki memang sejak dari kecil lagi diberi peranan sebagai pelindung, pemimpin,dan pemegang tanggungjawab. Akibat dari peranan itu,timbulah satu masalah dlm menyatakan diri mereka salah. Takut kewibawaannya sebagai ketua keluarga dipertikaikan.
Penolakan
Kebanyakan lelaki merasa wanita bersikap terlalu kritikal pd mereka. Akibatnya mereka akn berfikir byk kali bila sekiranya mereka ada menaruh minat terhadap seorang wanita.
Itulah antara perkara-perkara yg paling ditakuti oleh sang suami. Walau apa pun perkara yg ditakuti oleh sang suami, cuma satu saja cara yg perlu dilakukan oleh anda sendiri ialah berkomunikasi secara elok dan jujur pd pasangan anda. Tak ada apa yg perlu ditakutkan jika isteri anda benar2 seorang yg memahami dan menyayangi anda.-Sumber

Sejarah zamstylo | History by www.zamstylo.tk


   


Terima Kasih kerana sudi melawat www.zamstylo.tk  |atas nama blogger zam-y (founder zamstylo)

Website ini menempat dan menanamkan INFO | BERITA |
CHERITA | TIPS | atau dikenali CAB (CeritaAtaupunBerita)
bagi yg baru mengenali webPAGE ini mahupun di platform
blogger, dotk, twitter mahupon facebook CAB dikenali juga sebagai
carabeb' adalah projek terbaru zamstylo yang memerlukan 1000hit
(LIKE on Facebook) untuk pelancaran website, itemise fb page byk
lagi semuanya kerana anda yg memberi support untuk kami berada
di tahap yg lebih tinggi..

SEJARAH zamstylo
2006 - Terciptalah or created platform blogger yg dinamakan
            (www.zamstylo.blogspot.com) ia merupakan blog peribadi
            dan berubah wajah dari semasa ke semasa atas permintaan
2007 - Mula berubah daripada blog personal ke blog informasi
2008 - Tiada lagi megenai diri (peribadi dalam blog 100% dihentikan)
2009 - Folower Makin Berkurangan kerana ketiadaan dan Not Uptodate
            dari semasa ke semasa
2010 - Mula Berblog secara sedikit demi sedikit POST yg dilakukan
            hampir sebulan sekali POST...
2011 - Platform mula nampak peningkatan setelah berjaya menarik
            Perhatian di Facebook
2012 - Facebook Page www.facebook.com/www.zamstylo.tk dicipta
            feedback diberikan dan admin bertambah dari semasa kemasa

New Project 
         - ITstyleNetwork Resources - Bussiness
         - TekanPetikPhotographer    - Photog
         - CAB (CaraBeb') New Ikon to replace www.zamstylo.tk

Terima Kasih 4ur Support by Mohd Zam-y Founder | www.zamstylo.tk